Thursday, January 17, 2008

Al-Syeikh Dr. Safar al-Hawali


Al-Syeikh Dr. Safar al-Hawali Seorang tokoh ulamak terkenal di bidang aqidah telah ditanya tentang kumpulan Ahbash adakah mereka ini di kalangan ahli sunnah wal jamaah seperti mana yang didakwa oleh mereka:

Syeikh menjawab:


Sesungguhnya mereka yang beraqidah dengan aqidah yang sahih di Lubnan sering diperangi oleh setiap puak yang dengki dan iri hati terhadap ahli sunnah wal jamaah.


Seperti yang kamu semua ketahui, di Lubnan kesemua kumpulan dan agama yang wujud di atas muka bumi ini semuanya ada di Lubnan. Di tambah pula dengan masyarakat ahli sunnah yang berlumba-lumba di dalam perkara yang bid’ah dan kesesatan yang banyak.


Antara perkara yang disebarkan di sana ialah Aqidah Jahmiyyah yang buruk yang berselindung di sebalik Asy’ariyyah. Kamu semua mengetahui perbezaan Aqidah Abu al-Hassan al-Asy’ari yang telah kembali kepada Aqidah ahli sunnah wal Jamaah dengan Aqidah Jahmiyyah yang mereka ini menafikan bagi Allah itu sifat-sifat. Lalu mereka menafikan sifat al-Uluw (ketinggian) bagi Allah, mereka mengubah Kalamullah Azza wajalla, mereka menyatakan iman itu hanya di dalam hati, (fahaman murjiah), dan di dalam masalah Qadar mereka menghampiri mazhab Jabariyyah, Kumpulan Jahmiyyah ini yang berada di Lubnan di kepalai oleh seorang lelaki dari Habasyah. Lihatlah bagaimana Allah menguji bumi Lubnan dengan sekian banyaknya ujian dan cubaan. Muncul lelaki dari Habasyah ini dan pergi ke Lubnan yang sebelumnya dia telah mempelajari kitab-kitab Al-Asy’ariyyah dan ilmu kalam, sekarang mengajar pula masyarakat di Beirut Aqidah ini. sehingga tersebar ajarannya dengan pengikut-pengikutnya yang bersenjata bergerak secara militan (pengganas). Memaksa orang lain supaya mengikut Aqidah Jahmiyyah dengan dakwaan itulah Aqidah yang diterima oleh Allah dan konon-kononnya itulah Aqidah ahli sunnah.


Inilah dia Abdullah al-Habasyi yang menetap di Beirut. Pengikut-pengikutnya dikenali dengan nama al-Ahbash. Mereka inilah yang berada di atas Aqidah (yang disebutkan) yang sesat lagi menyesatkan. Wal’iyazubillah.
Mereka membunuh seorang pemuda ahli sunnah disebabkan pemuda ini tidak sependapat dengan mereka di dalam masalah sifat al-Uluw bagi Allah. Pemuda ini telah menulis sebuah kitab yang bertajuk “Istbat ‘Uluwwillah Ta’ala ‘ala Khalqihi” bermaksud menetapkan sifat al-Uluw bagi Allah ke atas makhluqNya. Mati pemuda ini syahid Insya Allah, Rahimahullahu Ta’ala.


Aqidah yang seperti mereka katakan, Allah itu tidak di atas, tidak di bawah, tidak di dalam alam, tidak di luar alam meruapakan Aqidah yang bathil. Maha suci Allah dari apa yang mereka katakan. Aqidah ini berasal dari falsafah Yunani, Wathaniyyah yang dibawa oleh mereka kemudian di namakan sebagai ilmu kalam. Akhirnya mereka mendakwa inilah dia aqidah ahli sunnah wal Jamaah. Tetapi kumpulan Ahbash ini mengajarkan aqidah yang bathil ini. Fallahul musta’an. Alhamdulillah Habasyi ini telah pun ada sebahagian dari kalangan ahli sunnah yang mengkritik dan menjawabnya, begitu juga sudah ada kitab-kitab yang menjawab mereka. Tulisan-tulisannya (Habasyi) sangat menunjukkan kedangkalannya, mana-mana sahaja penuntut ilmu yang membacanya mampu untuk menjawabnya dengan mudah.

Sumber:

(Syeikh menjawab ketika sesi soal jawab perjumpaan mingguan, kaset yang ke 40)

Tuesday, December 4, 2007

ISYARAT KE ATAS = ‘ARASY ALLAH TA’ALA ?


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم

{ بسم الله الرحمن الرحيم }

(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SJ – 2319 : ISYARAT KE ATAS = ‘ARASY ALLAH TA’ALA ?


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr daripada “ Negeri Serambi Mekkah “ yang sentiasa mengunjungi kami di web al-Ahkam.net serta tahniah dan syabas di atas minat saudara di dalam mempelajari selok-belok pengetahuan Islam .

Sebelum dilanjutkan jawapan mengenai soalan di atas, sangat baik kiranya kita sama-sama memerhatikan apakah sebenarnya “ Arasy “ itu .


ARASY عَرْش


Ketahuilah kiranya hai saudaraku , semoga Allah merahmati hidupmu senantiasa ! .

Di dalam Al-Quranul Karim sendiri terdapat banyak perkataan yang menyebut mengenainya , di antaranya :



الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ


[color=blue] Ertinya : “( Malaikat-malaikat ) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala “ Surah Ghafir ( Al-Mukmin ) , ayat 7 .


وَتَرَى الْمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَقِيلَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


[color=blue] Ertinya : “ Dan kamu (Wahai Muhammad ! ) akan melihat malaikat-malaikat berlingkaran di sekeliling 'Arasy bertasbih sambil memuji Tuhannya; dan diberi keputusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkan: "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam “[/color] ~ Surah az-Zumar , ayat 75 .



وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ


Ertinya : “ Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka “Surah al-Haqqah , ayat 17 .



Apakah pula ‘Arasy itu ?


‘Arasy menurut pengertian asalnya di dalam B. Arab ialah singgah-sana seorang raja .

Tapi menurut pengertian Tauhid ( ‘Aqidah ) pula ada ia adalah singgah-sana bagi Allah Ta’ala selaku Tuhan dan Maharaja yang menguasai seluruh alam semesta .


Di dalam “ kitab-kitab tua “ yang biasanya dipelajari oleh datuk-nenek kita dahulu , terdapat berbagai perbahasan mengenai hakikat ‘Arasy itu .

Saya tidak berminat untuk menyatakan di sini berbagai takrif yang “ dikatakan “ ianya menggambarkan hakikat ‘Arasy itu dengan mencedok “ kitab-kitab tua “ itu . Ini disebabkan itu semua hanyalah pandangan semata-mata , boleh jadi benar dan boleh jadi sebaliknya .

Allah Ta’ala sendiri tidak pernah memberitahu kepada kita apakah hakikat sebenar ‘Arasy itu dan begitulah juga Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menyatakan hakikatnya secara detail lagi terperinci mengenainya .

‘Arasy adalah termasuk salah-satu perkara ghaib yang wajib diimani wujudnya oleh setiap orang yang mengaku sebagai muslim , namun kita tidak pula dituntut untuk mengetahui rupa-bentuknya dan hakikatnya secara terperici .


Bagaimana boleh dinyatakan hakikatnya begitu dan begini walhal Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui segala-galanya itu sendiri tidak pernah memberitakan mengenainya secara terperinci ?.

[color=blue] Tidak semua yang ditulis di dalam “ kitab-kitab tua “ ( dan kitab-kitab sekarang juga ) boleh diterima bulat-bulat ( taqlid buta ) kerana ia adalah laksana bahan mentah yang belum diproses dan ditapis .

Bahkan sebenarnya ianya perlu diproses dan ditapis dengan penapis yang tidak akan tembus iaitu dengan kenyataan-kenyataan Al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .


Apatah lagi kalau dicedok fahaman-fahaman yang bukan berasal drp Islam ( seperti ajaran Budha dan Yahudi Israel ) untuk menerangkan hakikat ‘Arasy , sudah tentulah ianya tidak sesuai kerana Islam itu sendiri sudah sempurna dan tidak memerlukan lagi sebarang huraian daripada mana-mana agama dan fahaman yang tidak berasal daripada Islam itu sendiri !.

Jawapan ini tidaklah sama sekali bertujuan untuk menghina mana-mana ulama’ rh yang telah menaburkan jasa-bakti mereka terhadap umat Islam , akan tetapi demi melaksanakan amanah ilmu itu sendiri , iaitu dengan menyaring kembali semua pandangan-pandangan mereka dan diletakkan di atas neraca ilmu yang paling benar iaitu Al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .

Menghormati para ulama’ rh bukanlah dengan cara “ menelan bulat-bulat “ segala pandangan dan teori mereka tanpa usul-periksa , akan tetapi menghormati mereka ialah dengan menimbang-nimbang kembali segala tulisan dan kata-kata mereka menurut neraca Al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .

Pendek kata : Wajib beriman dengan adanya ‘Arasy kerana ianya telah dibuktikan dengan dalil-dalil yang kukuh dan kemas ( seperti ayat-ayat di atas ) dan kita menyerahkan kepada Allah Ta’ala mengenai hakikatnya yang sebenar tanpa perlu “ bersusah-payah “ mencari-cari apakah ia sebenarnya .

Namun perlu diingat !!! :

1 – ‘Arasy Allah Ta’ala tidaklah sama sekali sama dengan singgah-sana mana-mana raja yang kita pernah lihat di atas di atas muka bumi ini . Dan Allah Ta’ala itu sendiri tidak sama langsung dengan mana-mana makhluk-Nya .

2 – ‘Arasy yang Allah Ta’ala ciptakan itu TIDAKLAH BERMAKNA ianya menjadi keperluan bagi Allah Ta’ala , kerana Allah Ta’ala sendiri tidak memerlukan ( tidak berhajat kepada ) mana-mana makhluk-Nya sebagai mana seorang raja itu perlu pula kepada adanya singgah-sana baginya .

3 – Hikmah diciptakan ‘Arasy itu hanyalah diketahui sebenar-benarnya oleh Allah Ta’ala Yang Maha Bijaksana . Dan sifat “ Bijaksana “ ini ialah meletakkan sesuatu kena ( sesuai ) pada tempatnya . Dan disebabkan sifat “ Maha Bijaksana ( Al-Hakim ) itu sendiri merupakan salah-satu sifat Allah Ta’ala , maka sudah tentu tidaklah sia-sia ‘Arasy itu diciptakan oleh Allah Ta’ala Yang bersifat “ Al-Hakim “ .




Quote:
Kalau kita membicarakan sesuatu berkenaan dengan Allah….spt “semua ni kuasa Tuhan…” biasanya seseorang itu akan menunjukkan jari dan tangannya ke arah langit… Bolehkah begitu? Adakah arasy itu dirujuk berada di “atas” !? Macam mana ni….!?


Jawapan Kami :

Sebagai mana yang kita telah nyatakan di atas , hakikat ‘Arasy itu sendiri hanya diketahui oleh Allah Ta’ala . Termasuklah di manakah ia sebenarnya dan bagaimanakah rupa-bentuknya yang sebenar .

Sesuatu yang dianggap mulia , sudah tentulah diletakkan di tempat yang agak tinggi seperti kita meletakkan mushaf Al-Quranul Karim lebih tinggi drp mana-mana buku ( bahan bacaan ) .

Kita memuliakan ( menghormati ) kopiah ataupun songkok kita kerana biasanya kita memakainya tatkala hendak menunaikan sembahyang , kerana itu ia diletakkan di atas ( kepala ) , bukannya di bawah ( kaki ) .

Kita menamakan orang-orang yang mulia sebagai “ orang atasan “ menunjukkan mereka itu adalah satu golongan yang lebih terpandang mulia berbanding orang selain mereka .

[color=blue] Perbuatan “ menunjuk ke atas dengan jari “ itu bukanlah bermakna kita percaya bahawa ‘arasy itu betul-betul berada di atas langit tertentu ( di lapisan yang mana satukah dan berapakah jaraknya k.m drp bumi ) , ataupun ianya berada selepas Planet Pluto , ataupun ianya berada nun lebih jauh daripada Planet Marikh . Ini disebabkan kita sendiri tidak mengetahui secara terperinci di manakah sebenarnya kedudukan ‘arasy itu .

Maka begitulah juga apabila kita bercakap mengenai ‘Arasy Allah Ta’ala , jari kita akan menunjuk ke atas sebagai simbol bahawa ‘arasy Allah Ta’ala itu adalah sangat mulia dan sangat tinggi kedudukannya . [/color]


Tidaklah perlu dipersoalkan di manakah pula sebenarnya ‘Arasy itu apabila kita mengisyaratkan ketinggiannya dan kemuliaanya dengan jari kita kerana di mana pun kita berada , kita tetap berada di bawah kekuasaan dan taklukan Allah Ta’ala selaku Tuhan Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa .





Sekian . Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

[color=blue] AL-IBANAH ‘AN USULID DIYANAH [/color]
Oleh : Imam al-Ummah Abul Hasan al-Asya;ari ( rh )
Komentar dan semakan oleh : Syeikh Basyir Muhammad ‘Uyun
Halaman : 97 - 103
Maktabah Darul Bayan , Damsyiq



[color=blue] HASYIAH IMAM al-BAIJURI RH ‘ALA JAUHARAH at-TAUHID [/color]
Komentar & Semakan semula oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. ‘Ali Jum’ah Muhd asy-Syafi’e ( ha )
Halaman : 296 - 297
Darus Salam , Kaherah

[color=blue] AL-MUKHTASAR al-MUFID FI SYARH JAUHARAH at-TAUHID [/color]
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Dr. Nuh ‘Ali Salman al-Qudhah ( ha )
Halaman : 192 - 194
Darul ar-Razi , ‘ Amman , Jordan

[color=blue] KAMUS PENGETAHUAN ISLAM [/color]
Oleh : ( Datuk ) Hj. Dasuki Hj. Ahmad
Halaman : 39 - 40
YADIM - 1976





و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
28 / Dzulhijjah / 1423 H
1/ Mac / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah

Sekitar masalah mengenai Ibnu Taimiyah

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Masalah: Allah bersemayam di atas Arasy
Saya keliru dengan jawapan yang diberi, krn saya ada seorang rakan yang menuntut di luar negara. Dia telah ditarbiyyah oleh seorang pengikut Wahabi, yang telah mendakwa bahawa Allah itu berada di Arasy, bersemayam dengan caranya tersendiri,
di langit ke tujuh..
Jawapan kami:
Berikut ini kami terjemahkan petikan dari kitab Fathul Majid:
"Aku berkata: Dan sesungguhnya para imam r.h telah menyebutkan di dalam tulisan-tulisan mereka ketika menolak golongan-golongan yang menafikan beberapa sifat (Allah) dari kalangan al-Jahmiyah, Muktazilah, Asya'irah dllnya dengan beberapa perkataan sahabat dan tabi'in. Yang demikian itu, al-Hafiz al-Zahabi telah meriwayatkan di dalam kitab al-Uluw dan selainnya dengan sanad yang sahih dari Ummu Salmah isteri Nabi s.a.w., bahawasanya dia (Ummu Salmah) berkata mengenai firman Allah Taala: "Allah yang Maha Pemurah (al-Rahman) bersemayam di atas Arasy", katanya: "Bersemayam itu adalah maklum, kaifiyat adalah tidak tergambar oleh fikiran, berikrar dengannya adalah keimanan dan mengingkarinya adalah kufur."
(Lihat: Fathul Majid, Syeikh Abdul Rahman bin Hasan Aali Syeikh, hal. 463, Maktabah Darus Salam- Riyadh)

Fathul Majid adalah sebuah syarah kitab al-Tauhid karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab.

Di atas, adalah penjelasan mengenai pegangan para salafus soleh dalam memahami ayat al-Quran, "ALlah bersemayam di atas Arasy" (Thaha: 5). Mereka berpegang kepada zahir ayat berkenaan tanpa takwilan.

Maksud perkataan Ummu Salmah: "Bersemayam itu adalah maklum" ialah bersemayam adalah sebagaimana yang kita semua tahu.

Maksud: "kaifiyat adalah tidak tergambar oleh fikiran" ialah, cara bagaimana ALlah bersemayam tidak tergambar oleh fikiran. Ia berbeza dengan makhluk, sesuai dengan sifatnya mukhalafatuhu lil Hawadith. Allah bersemayam dengan cara yang selayak bagiNya. Jika terfikir oleh kita, caranya adalah begini atau begitu, maka itu tidak benar. Jika kita masih dapat menggambarkannya, bermakna Dia masih ada sifat menyerupai makhluk. Maha Suci ALlah dari menyerupai makhlukNya.

Maksud: "berikrar dengannya adalah keimanan" bermaksud, jika kita mengakui bahawa Allah Taala bersemayam di atas Arasy dengan cara yang selayaknya bagiNya (tidak serupa makhluk), maka bermakna kita telah beriman dengan apa yg telah diturunkan olehNya kepada kita.

Maksud: "dan mengingkarinya adalah kufur.", sesiapa yang mengingkari sifat bersemayam ini adalah kufur.

Dari kitab ini juga dipetik perkataan beberapa ulamak salaf seperti imam Malik, Rabi'ah bin Abdul Rahman, Mujahid dll. dengan maksud yg sama dengan perkataan Ummu Salmah. (ibid.)

Petikan di atas adalah dari kitab Tauhid dari aliran salaf. Atau yang ramai menyebut-nyebutnya dengan nama Wahabi.

---------
Berikut ini pula, kami petik dari kitab Tauhid dari aliran Asya'irah yg menjadi anutan majoriti masyarakat Malaysia:
"Sesungguhnya ada perkataan di dalam al-Quran dan Hadis yang menyebut muka dan tangan Allah, maka perkataan itu hendaklah kita i'tikadkan sabit (tetap) secara yang layak dengan ALlah Taala, yang Mahasuci daripada berjisim dan Mahasuci daripada bersifat dengan segala sifat yang baharu. Maka tiada mengetahui akan dia melainkan Allah Taala jua. Demikian inilah perjalanan i'tikad sekelian sahabat dan orang yang mengikut sahabat dan orang yang mengikut orang yang mengikut sahabat, yang dinamakan ulamak Mutaqaddimin." (Lihat: Risalah Tauhid, Abdul Ghani Yahya, hal. 18)

Menurut kitab itu lagi:
"Tetapi ulamak Mutakhirin telah berkata adalah perkataan yang tersebut di dalam Quran dan Hadis mengatakan muka dan tangan bagi Allah itu ialah yang dikehendaki dengan muka itu zat dan yang dikehendaki dengan tangan itu qudrah. Demikian lagi tiap-tiap perkataan yang seumpama itu ditakwil (ditanggungkan) dengan perkara yang munasabah daripada segala sifat yang sabit bagi Allah Taala." (ibid.)

Menurutnya lagi:
"Maka di antara i'tiqad-i'tiqad ini yang lebih sentosa ialah i'tiqad ulamak Mutaqaddimin." (ibid.)

Kesimpulan dari perkataan di atas ialah, para ulamak salaf tidak mentakwil ayat-ayat atau hadis yang mutasyabihat. Sedangkan para ulamak khalaf mentakwilkannya. Manakah pegangan yang lebih selamat? Iaitu pegangan yg tidak mentakwil ayat-ayat berkenaan. Beriman terus kepada apa yang telah diturunkan serta menyerahkan maknanya yg sebenar kepada Allah Taala. Pokok pangkalnya, jika di sebut wajah Allah, maka wajah Allah-lah yang kita imankan. Bagaimana dengan rupanya? Iaitu, yang selayaknya bagi ALlah Taala, serta tidak menyerupai makhluk. Hakikatnya, hanya ALlah sahaja yg mengetahui.

Dan inilah yang dipegang oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rh. Beriman begini sebagaimana para ulamak salaf bukanlah bermaksud menjisimkan Allah Taala, jauh samasekali.

Namun majoriti rakyat, termasuk para ulamak di Malaysia berpegang kepada aliran ulamak Khalaf yang mentakwilkan ayat-ayat berkenaan. Jika Allah bersemayam di atas Arasy, maka ditakwilkannya dengan kerajaan Allah Taala.

Mahu ikut yang mana, itu terpulang...

--------
Masalah: Bukankah ini menyalahi sifat Qiyamuhu binafsih dan mukhalafatuhu lilhawadith pegangan Ahlus Sunnah WAl Jamaah, yang berpegang bahawa Allah tidak bergantung/berhajat kepada dimensi bagi kewujudanNya, agar dia kekal bersifat berdiri dgn sendiri, dan bersalah2an dengan makhluk yang berhajat kepada tempat/ruang/dimensi bagi kewujudannya...bukankah pandangan ini amat bertentangan dengan aqidah kita, dan tidak megithbatkan sifat kamalaat Allah..

Jawapan kami: Berpegang dengan i'tiqad para ulamak salaf bukanlah menyalahi sifat Qiyamuhu Bi-Nafsih. Maksud dari perkataan ini ialah, Allah tidak mengambil tempat untuk berdiri dan tidak berhajat kepada pencipta.

Mengapa tidak menyalahi sifat ini? Para ulamak salaf mengatakan bahawa Allah bersemayam di atas Arasy, tidak serupa makhluk di mana makhluk memerlukan ruang atau tempat utk berbuat demikian. Bagaimana Allah bersemayam di atas Arasy? Itu, hanya Allah Taala sahaja yg tahu caranya. Pokok pangkalnya tidak serupa makhluk dan tidak menyalahi sifat qiyamuhu binafsih (lihat kembali perkataan Ummu Salmah).



--------------------------------------------------------------------------------

Masalah: Ibnu Taimyiah menyalahi empat mazhab
Saya ada terbaca mengenai soal jawab mengenai Ibnu Taimiyyah, yang diajukan oleh seorang pelajar pondok. Saya juga telah membaca semua siri karangan KH Sirajuddin Abbas. Nampaknya pengarang itu juga tidak bersetuju Ibnu Taimiyyah sebagai tergolong dari kalangan ASWJ.
Menurutnya, soal tawassul adalah soal yang besar dalam masalah aqidah kerana ada golongan yang mensyirikkan golongan yang lain kerananya. Adakah hal ini boleh dianggap khilafiah yang boleh tidak perlu dipandang berat, dan tidak perlu dibahaskan untuk mencari yang hak? Pada saya, saya bersetuju dengan pendapat pelajar itu, dan tidak pula bermakna saya menentang Ibnu Taimiyyah habis-habisan.

Jawapan kami:
Memang, kami sendiri mempunyai pengalaman sebagai anak pondok. Memang begitu. Buku KH Sirajuddin Abbas kami pegang dan kami hafal untuk dijadikan sebagai senjata menghentam puak-puak salafi. Namun, apabila sudah agak jauh berjalan, telah ada sedikit sebanyak pengalaman hidup dan ilmu, maka kami lebih mementingkan soal perpaduan dari menitikberatkan soal-soal khilafiyah yg jika diperdebatkan tidak akan berkesudahan.

Dan, memang, KH Sirajuddin Abbas adalah salah seorang anti Ibnu Taimiyah. Dan bukan dia seorang yang tidak setuju dengan Ibnu Taimiyah. Namun, kita biarkan dia.

Soal: soal tawassul adalah soal yang besar dalam masalah aqidah kerana ada golongan yang mensyirikkan golongan yang lain kerananya. Adakah hal ini boleh dianggap khilafiah yang boleh tidak perlu dipandang berat, dan tidak perlu dibahaskan untuk mencari yang hak?

Jawab: Cuba lihat perselisihan pendapat antara mazhab Syafi'i dan mazhab Hanafi.. Dalam satu masalah Syafi'i kata sah, manakala Hanafi kata batal. Begitulah sebaliknya dalam beberapa masalah lain. Adakalanya membabitkan masalah ibadah pokok, iaitu sembahyang. Itu bagaimana? Apakah kita akan mengatakannya sebagai bukan masalah khilafiyah? Jika bukan maslaah khilafiyah bermakna, sembahyang orang-orang Hanafi tidak sah selama-lamanya, kerana wuduk tidak berniat... Perkahwinan orang Hanafi tidak sah selama-lamanya kerana mereka tidak pakai wali... Apakah begitu?

Masalah khilafiyah ialah masalah pemahaman nash atau dalil. Apabila Allah kata: "Dirikanlah sembahyang..." (Al-Nisaa':77) Maka ini adalah dalil yang qath'i. Dilalahnya (penunjukkan dalilnya) bagaimana? Apakah qath'i juga? Jawabnya: Ya.

Oleh itu, mendirikan sembahyang fardu adalah wajib berdasarkan dalil qath'i dan qath'i dilalah (penunjukan dalilnya juga qath'i). Apakah ada ulamak yg mengatakan bahawa ayat di atas menunjukkan bahawa sembahyang fardu itu hanya sunat? jawabnya: tidak ada seorangpun yg membangkang. Jadi, ini bermakna, kewajipan sembahyang telah diijma'kan oleh para ulamak berdasarkan nash ayat di atas. Inilah dia perkara asas, bukan khilafiyah. Ia tidak boleh diingkari.

Ia bermaksud bahawa ada masalah-masalah hukum yang dalilnya adalah pasti (qath'i) dan dilalahnya juga pasti. Dalil tersebut hanya mempunyai satu pengertian sahaja. Hukum-hakam begini tidak punya ruang langsung untuk melakukan ijtihad.

Kita lihat satu contoh lain sebagai perbandingan...
Firman Allah:


Masalah mengenai `lams' yang membatalkan wuduk. Hukum `lams' yg membatalkan wuduk ditetapkan melalui dalil yg pasti (qath'i). Manakala dilalahnya (penunjukan hukum/apa yang dapat difahami dari dalil) adalah tidak begitu. Ia adalah zhanni. Sekalipun dalilnya qath'i tetapi pemahaman mengenainya tidak hanya satu sahaja. Malah bermacam-macam. Ia masuk di bawah nash yang dibenarkan berijtihad di dalamnya. Mengenai ayat Laamastumun Nisaa' , ada yg mengatakannya sebagai jima'. Ada yang mengatakannya sebagai bersentuh kulit. Ada yang menafsirkannya sebagai sentuh dengan syahwat.

Jika perselisihan mengenai masalah tawassul memberi mudarat, maka perselisihan ini juga memberi mudarat. Jika tawassul membabitkan masalah bid'ah dan syirik, manakala di sini membabitkan sah atau batalnya sembahyang. Iaitu perkara kedua dalam rukun Islam. Bukan ini sahaja, malah perselisihan2 lain antara mazhab2 juga memberi mudarat. Dan ini tidak mungkin akan berlaku samasekali. Kerana, ayat di atas atau lain-lainnya, termasuk hadis-hadis, ada yang tabiatnya memang mengundang pelbagai penafsiran. Dan inilah antara sebab mengapa terdapat mazhab-mazhab di dalam Islam, yang pada hakikatnya membawa seribu rahmat kepada umat ini.

Satu contoh, seandainya di dunia ini hanya ada mazhab Syafi'i sahaja, maka setiap kali Ramadhan, kita terpaksa mengusung beras utk membayar fitrah keluarga kita. Jika di dalam dunia ini hanya ada mazhab Syafi'i sahaja, maka sudah tentu kita tidak boleh menjamak-kan sembahyang sekalipun dalam keadaan yang sangat diperlukan. Kalau tidak ada mazhab Hanafi, Hanbali dan Maliki, maka sudah tentu apabila tangan kita berbalut kerana cedera, kita akan terpaksa bertayamum di dalam wuduk kita. Dan tidaklah boleh kita hanya menyapu air di atas balutan berkenaan sebagaimana pendapat 3 mazhab di atas.

Dengan perselisihan2 ini, maka feqh Islami menjadi begitu serasi untuk setiap zaman. Feqh Islami tidak kaku, malah mampu bergerak di mana-mana sahaja. Mazhab-mazhab yg ada di dalam Islam adalah suatu kebanggaan bagi umat ini.

------
Masalah: Apakah di dalam ilmu usuluddin/tauhid terjadi ijtihad dan perselisihan mazhab?
Jawab: Ya, memang berlaku. Salah satu contohnya ialah soal `kasb', iaitu daya dan iktiyar manusia. Pandangan Asya'irah agak berbeza dengan pandangan Maturidiyah (Rujuk kitab-kitab Tauhid mengenainya).. Contoh lain ialah mengenai masalah sifat Wujud Allah Taala, terdapat perbezaan pendapat antara al-Maturidi dan Fakhruz Razi dengan Al-Asy'ari. Apakah ia `ain wujud dan bukan lain daripada `ain maujud ataupun ia adalah `ain maujud? Begitu juga dengan masalah iman orang yang taqlid. Para ulamak ahlus sunnah berselisih pendapat mengenainya, apakah orang seperti ini jadi kafir ataupun tidak? Dan banyak lagi...

-------
Kembali kepada persoalan tawassul pula.. Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa tawassul itu disyariatkan, cuma caranya bagaimana? Ada cara tawassul yang mereka sepakati dan ada yg mereka perselisihkan. Semuanya bertitik tolak dari pemahaman nash-nash mengenainya. Jadi, ini adalah masalah ijtihadi, bukan qath'i.

Dalam masalah ijtihadi, Dr. Yusof al-Qardhawi mengingatkan agar kita perlu bersikap toleransi terhadap orang-orang yang berbeza pendapat dengan kita selama mereka mempunyai sandaran yang mereka jadikan pegangan serta mereka merasa selesa dan mantap berpegang dengannya. Sekalipun kita berbeza pendapat dengan kita di dalam mentarjih apa yang mereka tarjihkan.

Rashid Redha merumuskan satu kaedah: Bersikap tolong menolong dalam perkara yang kita sepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang kita perselisihkan.

Hal ini termasuklah di dalam masalah ziarah kubur, tabarruk dll.

--------
Masalah: Ibnu Taimiyah bercanggah dengan 4 mazhab dalam masalah talaq tiga jatuh satu.
Jawab: Kami telah jawab masalah ini. http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab119.htm
Dan walaupun Ibnu Taimiyah bercanggah dengan 4 mazhab dalam masalah ini, namun ia bertepatan dengan mazhab beberapa orang sahabat seperti Abu Bakar, Ibnu Umar, Ibnu Amr, Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan Abu Hurairah r.a.
Apakah salah Ibnu Taimiyah mengikut mazhab para sahabat ini?

Tidak semestinya bercanggah dengan empat mazhab, bermakna seseorang itu sesat. Kerana, di sana ada mazhab sahabat, ada mazhab Daud Zahiri, ada mazhab Auza'i, ada mazhab al-Laitsi dll. yg sekalipun sebahagiannya telah pupus namun ia masih tergolong di dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ia dii'tiraf dan diperakui oleh seluruh ulamak Islam dahulu dan kini.

Masalah: Jika Ibnu Taimiyyah kekal dipandang tinggi tanpa ditapis dan diperbetulkan mana2 fahamnya yang mengelirukan, bagaimanakah generasi akhir zaman yang rata2nya jahil mampu berpegang dengan pelbagai faham yang bertentangan seperti ini?
Jawab: Sebenarnya, bukan fahaman Ibnu Taimiyah yang perlu ditapis dan diperbetulkan, tetapi pemikiran dan sikap kita yang perlu ditapis dan diluruskan. Dan, Ibnu Taimiyah sewajarnya dipandang tinggi tanpa ragu lagi.

Masalah: Imam al-Ghazali
Jawab: Begitu juga dengan masalah Hujjatul Islam imam al-Ghazali, ia diserang habis-habisan oleh sebahagian puak-puak salafi. Ini adalah perkara yg tidak wajar samasekali. Mempelajarinya secara kritis, itu tidak mengapa, tetapi menolak kewibawaannya atau mencaci makinya adalah tidak wajar. Kewibawaan al-Ghazali memang tidak boleh dipertikaikan samasekali, seperti halnya dengan kewibawaan Ibnu Taimiyah.

Al-Ghazali telah menjadi sasaran amarah golongan Muktazilah modern (lihat buku2 Dr. Harun Nasution). Kerana apa, kerana al-Ghazali-lah yg bertanggungjawab menyebarkan aliran tauhid Asya'irah dengan memojokkan bahkan mematikan aliran Muktazilah. Beliau dianggap mematikan aliran pemikiran rasional Islam (muktazilah). Malah mematikan aliran falsafah sesat lainnya yg sebelum ini begitu popular di kalangan umat Islam. Beliaulah juga yang bertanggungjawab mencantumkan ilmu feqh dan tasauf, yg sebelum itu terpisah2. Yang sebelum itu terjadi perkelahian besar antara ahli feqh dan ahli sufi.

Dan masalah penggunaan hadis-hadis dha'if oleh al-Ghazali tidak bermakna kewibawaan dirinya dan al-Ihya'nya dapat dipadamkan begitu sahaja. Dari satu sudut, kita perlu mengakui bahawa ada kemasukan hadis-hadis dha'if di dalam al-Ihya' dan dari satu sudut lain kita juga perlu mengakui kewibawaannya dan al-Ihya'nya.

Kami melihat, bagaimana sebahagian dari kita yang keterlaluan dalam menerima al-Ghazali sehingga ke tahap tidak mengakui bahawa terdapat hadis2 dha'if yg terlepas masuk ke dalam al-Ihya'. Dan sebahagiannya pula terlalu menolak bulat-bulat al-Ghazali dan al-Ihya'.

Tambah memilukan ialah ada sebahagiannya mengatakan bahawa al-Ghazali itu fasiq, dan sebahagian lain mengatakan bahawa Ibnu Taimiyah itu bukan dari golongan Islam. Apakah wajar begini?

Bertolak ansurlah.. Dan, apakah kita tidak malu, pada sebahagian waktu kita memaki para ulamak ini, dan pada sebahagian waktu yg lain, kita memanfaatkan ilmunya, sekalipun debu-debunya.

Kalau tidak asbab (kerana) al-Ghazali yg Allah Taala telah kurniakan kelebihan kepadanya, mungkin sebahagian besar dari kita ini adalah penganut aliran Muktazilah dan ajaran falsafah sesat yg lain. Dan jika tidak kerana Ibnu Taimiyah, apakah mungkin kita dapat memahami Islam secara syumul seperti sekarang ini, terutama dalam bidang politik.

Ya... Jika kita ini tidak tahu malu, maki sahaja al-Ghazali. Jika kita ini tidak tahu diuntung, tendang saja Ibnu Taimiyah.

Soal: Bagaimana dengan masalah sufi dan tasauf, apakah perlu diterima atau ditolak?
Jawab: Kami juga melihat bagaimana sebahagian dari manusia yang menelan bulat-bulat tasauf ini. Sehingga habis tasauf yang telah dicemari dengan noda-noda falsafah yg keterlaluan juga dihirupnya. Sehingga bukannya sedikit yg terjerumus ke lembah pemikiran Jabbariyah. Sehingga ada yg tergelincir kepada pemikiran bahawa alam ini qadim. Sehingga tasauf sudah tidak menjadi madrasah mendidik akhlak, tetapi sebuah madrasah falsafah yg banyak putar belit di dalamnya. Sehingga sering dipersoalkan: Allah itu Maha Besar, besarnya di mana? Di tanyakan: Apakah nama Allah sebelum di namakan Allah?

Sebahagian manusia pula dengan mata terpejam menolak dan memaki hamun tasauf ini. Sehingga menafikan kebenaran tasauf. Sehingga menolak secara total jasa dan kewibawaan ahli-ahlinya. Sehingga ibadah mereka hampa kosong tidak berisi samasekali.

Kita genarasi baru tidak boleh menerima pemikiran kedua-dua golongan di atas. Tidak ada salahnya kita menerima tasauf yang bertepatan dengan al-Quran dan sunnah serta mengiktiraf jasa-jasa ahli-ahlinya dalam sejarah pengembangan Islam. Dan tidak ada silapnya jika kita menolak segala putar belit yang ada di dalamnya.

Tidak ada salahnya jika kita mengambil pengajaran al-Ghazali dan tidak ada silapnya jika kita menceduk pengetahuan di dalam kitab Ibnu Jauzi atau Ibnu Taimiyah.

--------------
Masalah: Bukankah ia boleh mengakibatkan pepecahan juga seperti yang terjadi kepada kaum Wahabi?
Jawab: Sebenarnya bukan isikandungan yang dibawa oleh Wahabi (salafi) itu yang membawa perpecahan, tetapi sikap kedua-dua belah pihak yang mencetuskan pertempuran. iaitu sikap tidak tahu menangani dan tidak tahu membezakan masalah khilafiyah.

Sikap kaum tua dan golongan pondok yg keras terhadap Ibnu Taimiyah dan Wahabi (salafi) adalah timbal balik dari sikap salafi yang begitu keras dengan memaksakan semua orang mengikuti ajarannya. Hingga kini, sikap puak-puak salafi masih tidak berubah lagi. Dan, sebab itulah gerakan mereka tidak dapat bertapak kukuh di Malaysia ini (Cuba bandingkan perbezaan gerakan Muhamadiyah di Indonesia).

Bagi kami, apa yang golongan Salafi bawa, itu tidak menjadi masalah. Kami tidak mengengkarinya, malahan dalam beberapa masalah Tauhid dan beberapa masalah feqh kami lebih selesa mengikut pendapat Ibnu Taimiyah/Salaf. Hatta tidak mengapa jika mereka mahu menukar mazhab rakyat Malaysia, dari Syafi'i kepada Hanbali, atau kepada Daud Zahiri sekalipun, lakukanlah.. Tetapi kenalah dengan caranya. Jangan buat seperti yang kamu lakukan sekarang ini. Umat Islam akan bertindak balas membenci dan menjauhkan diri dari kamu seperti menjauhkan diri dari hantu jembalang. Janganlah bersikap beku dalam perlaksanaan dakwah.

Bagi golongan Salafi dan kaum tua, bersikaplah seperti orang dewasa...

-------
Bagi golongan pondok pula, pelajarilah sesuatu itu secara kritis. Janganlah hanya bergantung semata-mata kepada syahid/nash kitab-kitab sahaja atau secara tekstualnya sahaja. Perlulah diambil pengajaran dari sudut kontekstualnya. Sudah tiba masanya, kehalusan dan ketelitian dari sistem pondok diserasikan dengan perubahan zaman dan keadaan masyarakat. Contohilah tokoh-tokoh tuanguru masa kini seperti Tuan guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru hj. Abdul Hadi Awang. Tokoh yang amat sukar dicari ganti.

Semoga penerangan di atas jelas.

Sekian. Wallahu a'lam.
zain y.s.

Rujukan:
Fathul Majid, Syeikh Abdul Rahman bin Hasan Aali Syeikh
Risalah Tauhid, Abdul Ghani Yahya
Fatawa Mu'ashirah, juz. 2, al-Qardhawi
Al-Muwafaqat, al-Syathibi.

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah

Diantaranya adalah :

1. Syirik kepada Allah swt. Sebagaimana didalam firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." - [An-Nisaa': 48].

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَار "Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim." [Al-Maaidah : 72].

2. Pengambilan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berdo'a atau beribadah kepada Allah. Sebagaimana firman Allah swt :-

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ "Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)." - [Az-Zumar : 3]

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan agama mereka.

4. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi Muhammad saw seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum thaaghuut daripada hukum-hukum Nabi saw, atau menganggap hukum Islam sudah tidak sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt :-

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. " - [Al-Maidah : 44]

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ "Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." - [Al-Maidah : 45]

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ "Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. "- [Al-Maidah : 45,47]

5. Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw, walaupun perkara itu dikerjakan oleh orang tersebut. Sabda Nabi saw :

فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي “Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku”. (Muttafaq `Alaih)

6. Mengejek, Mencemuh, Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam. Sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ. لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ. "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah." - [Al-Taubah : 65-66]

7. Melakukan perbuatan sihir, bagi yang melakukannya atau ridha terhadapnya. Firman Allah swt :-

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ "Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui"- [Al-Baqarah :102].

8. Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan, menindas dan memusuhi kaum muslimin, dan dia adalah kufur akbar. Firman Allah swt :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ. "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. " -[Al-Maaidah : 51)

9. Sesiapa yang menyangka bahwa orang-orang boleh keluar dari syari'at Islam, maka orang itupun batal Islamnya dan menjadi orang kafir. Firman Allah swt :-

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا "Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. " - [Al-Nisaa :60].

10. Barangsiapa yang acuh (lekeh) kepada agama Islam, tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya, maka orang itu adalah orang kafir. Firman Allah swt :-

كَذَلِكَ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ مَا قَدْ سَبَقَ وَقَدْ آتَيْنَاكَ مِنْ لَدُنَّا ذِكْرًا. مَنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا . خَالِدِينَ فِيهِ وَسَاءَ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِمْلًا . "Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu" - [Al-Thaha :99-101)

Ciri-ciri Muslim, Mukmin & Muttaqin

a) Perkataan Islam (إِسْلَام) merupakan Isim (Kata Nama) yang bermaksud "Agama Islam"(Religion of the muslims) atau "Agama yang benar" (الدِّينُ الحَنِيف). Orang yang menganut agama Islam dikata orang MUSLIM. Al-Syahrastani mengatakan bahawa 'Islam membawa erti patuh secara lahirnya, dan termasuklah didalamnya MUKMIN (Orang yang Beriman) dan MUNAFIQ (al-Milal wa Nihal, 1/40-41)..

(b) Perkataan Iman (إِيمان ) pula membawa erti percaya atau Tasdiq dan Iktikad (تَصْدِيقٌ واعْتِقاد).Orang yang beriman dikatakan MUKMIN. Menurut Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi Iman pada bahasa ialah 'percaya semata-mata'. Dari segi syara' pula ialah kata-kata dari kepercayaan yang khusus, iaitu percaya kepada Allah, malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-kitabnya, Hari akhirat dan Qada' dan Qadar.

Dengan kata lain, seorang muslim (beragama Islam) terdiri dari mereka-mereka yang beriman dan juga tidak beriman (munafiq). Firman Allah swt :

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "-[Surah al-Hujurat : 14]

Ayat diatas ini jelas menunjukkan perbezaan diantara Iman dan Islam. Tha'lab mengatakan bahawa :'Iman itu dengan hati, dan Islam itu dengan lidah" [Lisan Al-Arab, 1/142].

(b) Perkataan Taqwa (تَقْوَى) bermaksud 'Takut kepada Allah'. Ia berasal dari perkataan wiqaya (وقى) yang membawa erti 'perlindungan, mempertahankan diri'. Orang yang bertaqwa digelar MUTTAQI. Taqwa dari segi syara' membawa erti : orang yang benar-benar tunduk kepada perintah Allah swt dan syariatnya, dan akan melahirkan rasa benar-benar takut akan Allah swt. Syarat menjadi orang yang bertaqwa ialah seseorang mesti beriman. Firman Allah swt :

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ. وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ. أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. "-[Al-Baqarah : 2-5]

Hubung kait Iman dan Taqwa dapat kita lihat didalam ayat Al-Quran yang memerintahkan agar orang-orang BERIMAN menunaikan Puasa. Adalah diharapkan natijah daripada amalan puasa itu, seseorang itu akan mendapat TAQWA. Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.- [Al-baqarah : 183]

Boleh kita katakan bahawa buah Iman dan Amal yang dilakukan secara ikhlas kepada Allah swt akan melahirkan Taqwa. Seorang penulis pernah berkata : "Taqwa (piety) is the heavenly water of life, and a Muttaqi (pious) is the fortunate one who has found it. Only a few individuals have achieved the blessing of this attainment (Taqwa ibarat air penghidupan, dan Muttaqi (orang yang bertaqwa) adalah mereka yang beruntung menjumpainya. Hanya sedikit bilangan mereka yang mencapai kurniaan ini)". Perinkat Taqwa merupakan satu pencapaian yang tinggi didalam Islam. Firman Allah swt :-

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu" - [Al-Hujurat: 13].

Drs Sidi Ghazalba pernah membicara tahap-tahap keIslaman seseorang. Beliau membahagikan kepada 5 tahap :

1. Muslim - Orang Islam
2. Mukmin - Orang Yang BerIman
3. Muhsin - Orang yang memperbaiki amalan-amalannya agar berqualiti
4. Mukhlis - Orang Yang Ikhlas didalam amalan-amalannya
5. Muttaqi - Orang yang mencapai maqam Taqwa.

Pendek kata , orang Islam yang beriman dan berusaha memperbaiki amalan (Ihsan) dan Ikhlas kepada Allah, dengan izinnya akan memncapai maqam Taqwa. Begitulah serba ringkas hubung kait dan ciri-ciri Islam, Iman dan Taqwa. WA.

Adakah semua orang Islam akan memasuki syurga juga akhirnya?

Merujuk kepada ayat diatas, Surah al-Hujurat : 14 bahawa orang Islam itu boleh terdiri dari orang yang beriman dan juga tidak beriman. Ibn Manzur mendefinisikan fasiq sebagai orang yang melakukan maksiat, tinggal perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Firman Allah swt :-

أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا يَسْتَوُونَ "(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)." - [Surah al-Sajdah : 18]

Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang fasiq ini akan diazab didalam api neraka. Firman Allah swt didalam surah yang sama :

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ "Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. " -[Surah al-Sajdah : 20]

Abdul Kahir Al-Baghdadi berkata : Melakukan dosa-dosa besar atau meninggalkan fardhu tanpa uzur itu akan menjadi fasiq, gugurlah syahadahnya, wajib dilakukan hukuman had atau dibunuh atau ditakzirkan, tetapi masih mukmin jika masih beriman kepada Rukun Iman dan Islam. [Usulluddin, edisi ke2, ms 268].

Abdul Rahman Ibn Ahmad al-Iji menyebut bahawa ada yang berpendapat bahawa orang yang melakukan dosa besar dari kalangan mereka yang bersolat adalah mukmin, Khawarij mengatakan bahawa mereka adalah golongan munafiq, dan Mu'tazilah mengatakan mereka ini tidak mukmin dan tidak kafir.

Ibn Khuzaimah berpendapat bahawa orang Mukmin yang melakukan maksiat tidak boleh memasuki syurga Allah swt bersama-sama orang mukmin yang soleh. Ini adalah kerana orang Mukmin yang melakukan maksiat / dosa-dosa besar akan diazab di dalam neraka dahulu sehinggalah bersih dari dosa-dosa dan akan dimasukkan kedalam syurga.

Selama-mana seorang Islam itu tidak syirik kepada Allah swt dan masih mengagungkan kalimah tauhid, ia masih berpeluang untuk masuk ke syurga. Ahli Sunnah wa Al-Jamaah berpegang kepada pendapat bahawa orang Islam yang melakukan maksiat statusnya masih Islam, selagi tidak mensyirikkan Allah swt dan mereka bukanlah dari kalangan mereka yang kafir. Setelah diazab dan dibersihkan dosanya di neraka, mereka akan berpeluang masuk ke dalam syurga. Sabda Nabi saw :-

من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة "Barangsiapa pada akhir kalamnya menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah' akan masuk syurga" -[hadith riwayat Al-Hakim dengan sanad yang shahih]

Sabda baginda lagi :

من مات لا يشرك بالله شيئاً دخل الجنة، فقال أبو ذر وإن زنى وإن سرق، قال: وإن زنى وإن سرق "Barangsiapa yang mati dan tidak mensyirikkan Allah dengan perkara apa sekalipun akan masuk syurga, dan berkata Abu Zar : walaupun mereka berzina dan mencuri, Sabda baginda : walaupun berzina dan mencuri" - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim].

adakah semua 25 Nabi itu rasul?

Persoalannya : Adakah bilangan 25 yang dinyatakan itu merupakan Rasul dikalangan Nabi-nabi (Anbiya')? 25 orang yang disebutkan adalah merupakan Rasul dan Nabi yang dinyatakan didalam al-Quran yang wajib kita beriman dengannya. Berikut kami paparkan ayat2 al-Quran yang menyebut 25 orang Nabi-Nabi :-

a. 18 Nabi2 dinyatakan didalam surah al-An'aam : (83-86) :-

وَتِلْكَ حُجَّتُنَا آتَيْنَاهَا إِبْرَاهِيمَ عَلَى قَوْمِهِ نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَنْ نَشَاءُ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ ** وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ كُلًّا هَدَيْنَا وَنُوحًا هَدَيْنَا مِنْ قَبْلُ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِ دَاوُدَ وَسُلَيْمَانَ وَأَيُّوبَ وَيُوسُفَ وَمُوسَى وَهَارُونَ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ** وَزَكَرِيَّا وَيَحْيَى وَعِيسَى وَإِلْيَاسَ كُلٌّ مِنَ الصَّالِحِينَ ** وَإِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَيُونُسَ وَلُوطًا وَكُلًّا فَضَّلْنَا عَلَى الْعَالَمِينَ **
83.Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

84.Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (Anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah) dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud dan Sulaiman dan Ayub dan Yusuf dan Musa dan Harun dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.

85. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria dan Yahya dan Isa dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.

86. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, Ilyasak, Yunus, Lut dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).

b. Adam

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آدَمَ
"Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam " [Aal-Imran :33]

c. Hud

وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا
"Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka Nabi Hud" [Hud : 50]

d. Soleh

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا
"Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh." [Hud :61]

e. Syu'ib

وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا
"Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib." [Hud : 84]

f. Ismail, Idris dan ZulKifl

وَإِسْمَاعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا الْكِفْلِ كُلٌّ مِنَ الصَّابِرِينَ
"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. " [al-Anbiya':85]

---------------
Berapakah bilangan Nabi dan Rasul? Didalam al-Quran mengatakan banyak; dan ada yang kita diberitahu dan dan yang kita tidak tahu. Firman Allah swt :-

وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ وَرُسُلًا لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا
"Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). " [Surah Al-Nisaa' : 164]

Didalam sebuah Riwayat Abi Amaamah, berkata Abu Zar :

وفي رواية أبي أمامة قال أبو ذر : قلت يا رسول الله: كم وفاء عدة الأنبياء ؟ قال : مائة ‏ألف ، وأربعة وعشرون ألفا ، والرسل من ذلك: ثلاثمائة وخمسة عشر ، جما غفيرا "‏
"Aku telah berkata - Ya Rasulullah : Berapakah bilangan para Nabi-Nabi?, Baginda berkata : 124,000, dan Rasul darinya adalah 315, hebat dan besar" [Hadith sahih menurut al-Albani didalam Misykaat al-Mashabih, 3/1599].

---------------
Apakah Nabi Adam dan Nabi Idris bukan Rasul? Ulama' khilaf mengenai status kedua Nabi ini. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa :-

آدم عليه السلام هو أول الأنبياء ، كما جاء في الحديث الذي أخرجه ابن حبان في صحيحه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم : سُئِلَ عن آدم أنبي هو ؟ قال : ( نعم نَبِِيٌ مُكَلَّمْ ) ، ولكنه ليس برسول لما جاء في حديث الشفاعة أن الناس يذهبون إلى نوح فيقولون : " أنت أول رسول بعثه الله إلى الأرض " .
وهذا نص صريح بأن نوحا أول الرسل ، والله أعلم .

"Adam as. merupakan Nabi yang pertama, sebagaimana didalam hadith yang dikeluarkan oleh Ibn Hibban didalam Sahihnya, bahawa Nabi saw telah ditanya mengenai Adam, apakah dia nabi?. Baginda menjawab :'Ya, Nabi dimana Allah bercakap'. Akan tetapi dia bukan Rasul, kerana hadith mengenai syafaat, dimana manusia akan pergi kepada Noh dan berkata kepadanya :'Kamu adalah Rasul pertama disampaikan kedunia'. Nas ini jelas menunjukkan bahawa Noh adalah Rasul pertama. Wallahu 'alam." [Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin. 1/317]

Mengenai Nabi Idris pula, Ibn Utsaimin rh. berpendapat bahawa para ahli sejarah telah tersilap mengatakan bahawa Nabi Idris adalah sebelum Nabi Noh, kerana Noh merupakan Rasul pertama. Firman Allah swt :-

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ
"Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya " [Surah al-Nisaa' : 163]

Adalah dikalangan ulama' mengatakan bahawa Nabi Noh merupakan keturunan Nabi Idris. Menurut Syiekh Ahmad Al-Badawi al-Shanqiti bahawa jalurannya adalah dari Adam, Shith .... Idris, Noh, Hud dan Yunus. Wallahu A'lam
----------------

Kesimpulannya, 25 orang Nabi yang dinyatakan didalam al-Quran terdapat diantara mereka adalah Rasul. Sebagai penutup, kita lihat definisi Nabi dan Rasul yang telah diberikan oleh Syiekh al-Islam Ibn Taimiyyah rh :-

فالنبي هو الذي ينبئه الله ، وهو ينبئ بما أنبأ الله به ، فإن أرسل مع ذلك إلى من خالف أمر الله ليبلغه رسالة من الله إليه فهو رسول ، وأما إذا كان إنما يعمل بالشريعة قبله ، ولم يرسل هو إلى أحد يبلغه عن الله رسالة فهو نبي وليس برسول ..
"Nabi adalah mereka yang Allah beritakan (yanbi'uhu) sesuatu, dan menyampaikan apa yang Allah beritakan kepadanya, Jika dia diutuskan kepada mereka yang menentang perintah Allah, menyampaikan risalah dari Allah kepada mereka, maka dia adalah Rasul. Akan tetapi, jika dia mengikut satu syariat yang datang sebelumnya, dan dia tidak dihantar untuk menyampaikan apa2 risalah kepada mereka dari Allah, maka dia adalah Nabi dan bukan Rasul......" [Al-Nubuwwaat, ms 255]. Wallahu A'lam.

wassalam

asal usul sifat 20..?

Persoalan ini merupakan satu persoalan yang tidak mungkin dapat dibincangkan diforum ini. Ia merupakan suatu polemik yang telah lama dibicarakan.

Asal usul pembelajaran sifat 20 ini diasaskan oleh Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dikatakan telah menetapkan tujuh (7) sifat bagi Allah berdasarkan akal iaitu: Al-Hayat, Al-Ilmu, Al-Qudrah, Al-Iradah, As-Sam'u, Al-Bashar, Al-Kalam dan menta'wil (mentafsirkan dengan makna lain) sifat-sifat khabariyah seperti, wajah Allah, tangan Allah, kursi Allah dan lain-lain.

Dan yang kemudian diperluaskan oleh Syeikh Maturidiyah menjadi 13 sehingga 20 sifat. Didalamnya termasuklan penetapan sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak tujuh sifat.

Pendekatan Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari dilakukan pada masa suasana ilmu2 dikuasai oleh para ahli falsafah. Maka kita dapat lihat ilmu2 tauhid juga disampaikan pada masa itu dengan cara yang agak berfalsafah.

Tujuan asas pembelajaran sifat 20 adalah untuk umat Islam ini bertauhidkan Allah swt. Begitulah natijah pembelajaran ilmu Aqidah; mempelajari ertikata kalimah syahadah yang sebenarnya. Gagal memahami dan menghayati ilmu tauhid ini, maka rosaklah aqidah seseorang.

Kini gerakan sunnah wal Jamaah telah mempopularkan kembali cara golongan Salaf mempelajari Tauhid, iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma' wa Sifat. Kaedah ini juga merupakan cara mengajar umat Islam bagaimana mentauhidkan Allah swt. Bezanya ; ia lebih mudah dipelajari. Dr Asri Zainul Abidin didalam membentang sebuah kertas Kerja di Seminar Bahaya Islam Liberal, memberi ringkasan mengenai metod ini didalam kenyataan beliau :-

"Al-Quran menyeru agar ditauhidkan Allah dan mengakuinya hanya Dialah pencipta. Inilah yang kita namakan dengan Tauhid al-Rububiah. Ianya hendaklah disempurnakan dengan Tauhid al-Uluhiyyah yang memutlakkan ibadah dan tauhid kepadanya. Ini menuntut antaranya agar kita ;

i. Mengikhlaskan cinta kepada Allah.
ii Hanya berdo'a, bertawakkal dan berharap jepadaNya dalam perkara2 yang hanya dia mampu melakukannya.
iii. Hanya takut yang mutlak kepada Nya.
iv. Untuk Allah sahaja seluruh ibadah."

Prof. Dr Said Ramadhan al-Buuthi baru2 ini (di Seminar Pengurusan Fatwa peringkat ASEAN, 16-17 Ogos, 2005) ditanya mengenai perbezaan diantara sifat 20 dan Tauhid Rububiyah & Uluhiyah, beliau mengatakan bahawa ini adalah permasalahan istilah sahaja. Yang penting, seseorang itu kenal akan Tuhannya Allah AzzaWajalla.

Berikut, kami paparkan kembali penulisan bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, mengenai pembahagian Tauhid ::-

بيان أقسام التوحيد ، وهي ثلاثة: توحيد الربوبية ، وتوحيد الألوهية ، وتوحيد الأسماء والصفات .
أما توحيد الربوبية: فهو الإيمان بأن الله سبحانه الخالق لكل شيء ، والمتصرف في كل شيء ، لا شريك له في ذلك .
وأما توحيد الألوهية: فهو الإيمان بأن الله سبحانه هو المعبود بحق لا شريك له في ذلك ، وهو معنى لا إله إلا الله ، فإن معناها: لا معبود حق إلا الله ، فجميع العبادات من صلاة وصوم وغير ذلك يجب إخلاصها لله وحده ، ولا يجوز صرف شيء منها لغيره.
وأما توحيد الأسماء والصفات : فهو الإيمان بكل ما ورد في القرآن الكريم ، أو الأحاديث الصحيحة من أسماء الله وصفاته ، وإثباتها لله وحده على الوجه اللائق به سبحانه من غير تحريف ، ولا تعطيل ، ولا تكييف ، ولا تمثيل ؛ عملا بقول الله سبحانه: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ [الصمد: كاملة] ، وقوله عز وجل: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ [الشورى: 11] ، وقد جعلها بعض أهل العلم نوعين ، وأدخل توحيد الأسماء والصفات في توحيد الربوبية ، ولا مشاحة في ذلك ؛ لأن المقصود واضح في كلا التقسيمين .

terjemahannya :

"Tauhid dibahagikan kepada tiga :

1. Tauhid Rububiyah.
2. Tauhid Uluhiyah.
3. Tauhid Asma' wa Sifat.

Tauhid Rububiyah ialah mengimani bahwa Allah swt adalah pencipta segala sesuatu dan mengurus kesemuanya dan tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut.

Adapun Tauhid Uluhiyah ialah mengimani bahwa Allah swt Dialah yang berhak untuk disembah dengan haq, tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut. Inilah makna

"tidak ada yang layak disembah dengan haq kecuali Allah swt. Maka, segala bentuk ibadah seperti solat, puasa dan yang lainnya, wajib dilaksanakan hanya untuk Allah swt semata. Tidak boleh ada satu bentuk ibadah pun yang ditujukan kepada selain Allah swt.

Selanjutnya, Tauhid Asma' wa Sifat ialah mengimani semua apa yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Hadith2 shahih tentang nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya. Lalu menetapkan itu semua untuk Allah swt tanpa 'tahrif' (mengubah), tanpa ta'thil (meniadakan), takyif (menanyakan bagaimana caranya), dan tanpa tamstil (menyerupakan), sesuai dengan firman Allah swt :-

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. " (Al-Ikhlas: 1-4).

Dan firman Allah swt :
"Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. ." (Asy-Syura: 11).

Tetapi ada sebahagian para ulama' yang membahagikan tauhid menjadi dua sahaja iaitu dengan menggabungkan Tauhid Asma' wa Sifat pada Tauhid Rububiyah. Dan tidak ada masalah dalam hal ini, kerana maksud dua macam pembahagian ini sudah jelas. " -[tamat teks].

----------

Sila baca URL dibawah :-

SJ-01-0040 : sifat 20
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28193

Sekian, wassalam
----------
Rujukan :

1. Perbedaan pokok antara aqidah asy'ariah dengan Aqidah ahlusunnah wal jama'ah. IN : Majalah Assunah edisi 19/II/1417-1996.

2. Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Islam Liberal ancaman terhadap Islam Tulen. IN : Seminar Bahaya Islam Liberal, 21 Mei, 2005, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. ms 27.

3. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. al-Durus al-Muhimmah li'aammati al-'Ummati. Riyad : Daar Adhawaa' Zamzam LinNasyar, 2002. ms 3-4.