Tuesday, December 4, 2007

adakah semua 25 Nabi itu rasul?

Persoalannya : Adakah bilangan 25 yang dinyatakan itu merupakan Rasul dikalangan Nabi-nabi (Anbiya')? 25 orang yang disebutkan adalah merupakan Rasul dan Nabi yang dinyatakan didalam al-Quran yang wajib kita beriman dengannya. Berikut kami paparkan ayat2 al-Quran yang menyebut 25 orang Nabi-Nabi :-

a. 18 Nabi2 dinyatakan didalam surah al-An'aam : (83-86) :-

وَتِلْكَ حُجَّتُنَا آتَيْنَاهَا إِبْرَاهِيمَ عَلَى قَوْمِهِ نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَنْ نَشَاءُ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ ** وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ كُلًّا هَدَيْنَا وَنُوحًا هَدَيْنَا مِنْ قَبْلُ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِ دَاوُدَ وَسُلَيْمَانَ وَأَيُّوبَ وَيُوسُفَ وَمُوسَى وَهَارُونَ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ** وَزَكَرِيَّا وَيَحْيَى وَعِيسَى وَإِلْيَاسَ كُلٌّ مِنَ الصَّالِحِينَ ** وَإِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَيُونُسَ وَلُوطًا وَكُلًّا فَضَّلْنَا عَلَى الْعَالَمِينَ **
83.Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

84.Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (Anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah) dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud dan Sulaiman dan Ayub dan Yusuf dan Musa dan Harun dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.

85. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria dan Yahya dan Isa dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.

86. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, Ilyasak, Yunus, Lut dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).

b. Adam

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آدَمَ
"Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam " [Aal-Imran :33]

c. Hud

وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا
"Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka Nabi Hud" [Hud : 50]

d. Soleh

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا
"Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh." [Hud :61]

e. Syu'ib

وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا
"Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib." [Hud : 84]

f. Ismail, Idris dan ZulKifl

وَإِسْمَاعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا الْكِفْلِ كُلٌّ مِنَ الصَّابِرِينَ
"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. " [al-Anbiya':85]

---------------
Berapakah bilangan Nabi dan Rasul? Didalam al-Quran mengatakan banyak; dan ada yang kita diberitahu dan dan yang kita tidak tahu. Firman Allah swt :-

وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ وَرُسُلًا لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا
"Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). " [Surah Al-Nisaa' : 164]

Didalam sebuah Riwayat Abi Amaamah, berkata Abu Zar :

وفي رواية أبي أمامة قال أبو ذر : قلت يا رسول الله: كم وفاء عدة الأنبياء ؟ قال : مائة ‏ألف ، وأربعة وعشرون ألفا ، والرسل من ذلك: ثلاثمائة وخمسة عشر ، جما غفيرا "‏
"Aku telah berkata - Ya Rasulullah : Berapakah bilangan para Nabi-Nabi?, Baginda berkata : 124,000, dan Rasul darinya adalah 315, hebat dan besar" [Hadith sahih menurut al-Albani didalam Misykaat al-Mashabih, 3/1599].

---------------
Apakah Nabi Adam dan Nabi Idris bukan Rasul? Ulama' khilaf mengenai status kedua Nabi ini. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa :-

آدم عليه السلام هو أول الأنبياء ، كما جاء في الحديث الذي أخرجه ابن حبان في صحيحه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم : سُئِلَ عن آدم أنبي هو ؟ قال : ( نعم نَبِِيٌ مُكَلَّمْ ) ، ولكنه ليس برسول لما جاء في حديث الشفاعة أن الناس يذهبون إلى نوح فيقولون : " أنت أول رسول بعثه الله إلى الأرض " .
وهذا نص صريح بأن نوحا أول الرسل ، والله أعلم .

"Adam as. merupakan Nabi yang pertama, sebagaimana didalam hadith yang dikeluarkan oleh Ibn Hibban didalam Sahihnya, bahawa Nabi saw telah ditanya mengenai Adam, apakah dia nabi?. Baginda menjawab :'Ya, Nabi dimana Allah bercakap'. Akan tetapi dia bukan Rasul, kerana hadith mengenai syafaat, dimana manusia akan pergi kepada Noh dan berkata kepadanya :'Kamu adalah Rasul pertama disampaikan kedunia'. Nas ini jelas menunjukkan bahawa Noh adalah Rasul pertama. Wallahu 'alam." [Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin. 1/317]

Mengenai Nabi Idris pula, Ibn Utsaimin rh. berpendapat bahawa para ahli sejarah telah tersilap mengatakan bahawa Nabi Idris adalah sebelum Nabi Noh, kerana Noh merupakan Rasul pertama. Firman Allah swt :-

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ
"Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya " [Surah al-Nisaa' : 163]

Adalah dikalangan ulama' mengatakan bahawa Nabi Noh merupakan keturunan Nabi Idris. Menurut Syiekh Ahmad Al-Badawi al-Shanqiti bahawa jalurannya adalah dari Adam, Shith .... Idris, Noh, Hud dan Yunus. Wallahu A'lam
----------------

Kesimpulannya, 25 orang Nabi yang dinyatakan didalam al-Quran terdapat diantara mereka adalah Rasul. Sebagai penutup, kita lihat definisi Nabi dan Rasul yang telah diberikan oleh Syiekh al-Islam Ibn Taimiyyah rh :-

فالنبي هو الذي ينبئه الله ، وهو ينبئ بما أنبأ الله به ، فإن أرسل مع ذلك إلى من خالف أمر الله ليبلغه رسالة من الله إليه فهو رسول ، وأما إذا كان إنما يعمل بالشريعة قبله ، ولم يرسل هو إلى أحد يبلغه عن الله رسالة فهو نبي وليس برسول ..
"Nabi adalah mereka yang Allah beritakan (yanbi'uhu) sesuatu, dan menyampaikan apa yang Allah beritakan kepadanya, Jika dia diutuskan kepada mereka yang menentang perintah Allah, menyampaikan risalah dari Allah kepada mereka, maka dia adalah Rasul. Akan tetapi, jika dia mengikut satu syariat yang datang sebelumnya, dan dia tidak dihantar untuk menyampaikan apa2 risalah kepada mereka dari Allah, maka dia adalah Nabi dan bukan Rasul......" [Al-Nubuwwaat, ms 255]. Wallahu A'lam.

wassalam

No comments: