Tuesday, December 4, 2007

Tawassul dgn org mati.

Tawassul didalam bahasa arab bermaksud memohon agar menjadi hampir. Bertawassul kepada Allah bermaksud ingin mendekatkan diri dengan Allah. Allah swt berfirman :

يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ
"masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), " - [al-Isra’ 17:57]

Diantara tawassul yang dibenarkan :-

a. Bertawassul kepada Allah dengan mentauhidkannya. Ini seperti tawassul Nabi Yunus as. Firman Allah swt :-

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِباً فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. " - [Surah al-Anbiya' : 87]

b. Bertawassul dengan cara beriman kepada Allah swt. Firman Allah swt :-

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). " - [Aal-Imran : 53]

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan)". - [Aal-Imran : 193]

c. Bertawassul dengan Nama-nama dan Sifat Allah swt. Firman Allah swt :-

وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." - [al-'Araf : 180]

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى
"Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia ..." - [surah al-Israa']

d. Bertawassul kepada Allah swt dengan do'a lelaki yang soleh (orang yang masih hidup).

e. Bertawassul kepada Allah dengan cara melakukan amalan2 soleh.

Tawassul kepada Allah dengan menggunakan keistimewaan Nabi saw (setelah baginda wafat)di perselisihkan oleh ulama' kebenarannya. Bagi kebanyakkan fuqaha' dari mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali mengatakan boleh melakukan demikian.

Menurut Dr Ahmad Al-Kurdi (anggota Mauso'ah Fiqh Kuwait dan anggota Majlis Fatwa Kuwait) mengatakan bahawa yang tidak dibenarkan adalah terus memohon kepada Nabi saw. [http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=1688]

Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa ulama'-ulama' yang menentangnya mengatakan bahawa hadith2 yang menjadi sandaran tersebut berkisar dari kategori Dha'if (lemah) dan Maudhu' (palsu), maka pegangan ini tidak sahih. [http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=11669&Option=FatwaId]

Bertawassul selain dari yang atas ini, misalnya kepada wali-wali dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Perbuatan ini boleh menjadikan seseorang itu syirik. Orang lain lebih2 lagi yang sudah mati, tidak memberi kesan kepada amalan seseorang itu, kerana firman Allah swt :-

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;"

Pendapat yang paling selamat adalah bertawassul dengan Nama Allah dan Sifat2nya. Tawassul itu adalah didalam bab berdo'a. Do'a ialah ibadat, dan ibadat tidak boleh dilakukan melainkan didatang nas yang membolehkan. Secara logik akal pun, mana boleh orang yang sudah meninggal membantu mereka yang hidup! Pohon terus sahaja kepada Allah swt. WA.

sekian, wassalam

No comments: